Sunday, 26 May 2013

SET 2
JAWAPAN SOALAN BAHAGIAN A ALAM SEKITAR FIZIKAL (40 markah )
a) Sebutkan 3 proses menegak dalam kitar hidrologi                                                 (3)

i           sejatan
ii          sejat-peluhan
iii         pemeluwapan
iv         kerpasan
v          susupan(infiltrasi)
                                                                                                mana-mana 3 x 1 = 3

b)  Jelaskan pengaruh tumbuhan terhadap proses kitaran hidrologi                           (4)
i           Pepeluhan       
ii          Resapan
iii         Larian air permukaan
  iv       Pintasan                                                                                               mana-mana 2 x 2 = 4                                      
c)  Huraikan 2 faktor yang mempengaruhi keberkesanan kerpasan                                       
c1        Intensiti hujan- hujan renyai menyebabkan tanah tidak dapat menyerap air air
            dengan banyak-keberkesanan kerpasan adalah rendah
c2        Tempoh musim hujan- musim tengkujuh tempoh hujan turun adalah lama- jumlah
            hujan banyak- lebih berkesan
c3        Kecerunan permukaan bumi- cerun curam nilai keberkesanan adalah rendah- air
            tidak sempat meresap ke dalam tanah
c4        Ciri-ciri geologi- batuan yang poros nilai keberkesanan kerpasan rendah berban-
            banding kawasan batuan keras –kawasan batuan poros- air terus meresap ke
            dalam tanah membentuk aliran air bawah tanah
c5        Tumbuhan- kawasan banyak tumbuhan air banyak meresap ke dalam tanah- nilai
            keberkesanan hujan tinggi berbanding kawasan yang gondola
                                                                                                            mana-mana 2 x 2 = 4
e)  Huraikan 2 kesan lebihan air terhadap alam sekitar fizikal                                    (4)
e1        Air bertakung di kawasan lekukan atau permukaan-meningkatkan simpanan
            air permukaan (tasik, kolam, paya, sungai dll)
e2        Fenomena banjir-berlaku kerana system saliran tidak mampu menampung curah-
            an hujan yang berlebihan yang menyebabkan limpahan
e3        Kelembapan bandingan sentiasa tinggi- kandungan wap air dalam udara adalah
            tinggi- persekitaran menjadi sejuk.
e4        Kejadian tanah runtuh
e5        Berlakunya proses hakisan
e6     Gangguan terhadap ekosistem
e7        Pencemaran sumber air

                                                                                                            mana-mana 2 x 2=4
2a. Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan iklim?
                                                                                                                                           [ 5 ]
Perubahan iklim ialah peningkatan dan penurunan unsur-unsur iklim seperti suhu dan  hujan di permukaan bumi yang disebabkan oleh faktor-faktor fizikal dan faktor-faktor kemanusiaan.

  b. Jelaskan lima faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan iklim dunia.
                                                                                                                                           [ 10 ]
I. Pembakaran bahan api fosil .Penggunaan kenderaan bermotor melibatkan pembakaran bahanapi fosil seperti petroleum yang  membebaskan gas rumah hijau seperti karbon monoksida. Gas karbon monoksida  berupaya memerangkap  lebih banyak bahangan matahari   masuk ke permukaan bumi dan menghalang pembebasan haba dari    permukaan bumi ke atmosfera.


2. Kegiatan pembakaran terbuka . Pembakaran terbuka seperti di tapak-tapak pelupusan sampah   membebaskan gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida juga merupakan salah satu  gas rumah hijau yang boleh menyerap     bahang matahari dengan kadar yang tinggi  masuk ke permukaan    bumi.Jumlah gas karbon dioksida dalam atmosfera pada masa kini dianggarkan 360ppm , iaitu 360 molekul karbon dioksida dalam sejuta molekul udara.

3.Kegiatan penyahutanan. .Kegiatan penyahutanan ialah pemusnahan hutan dalam skala yang luas melalui beberapa aktiviti manusia seperti pembalakan, pertanian, petempatan dan pembinaan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya, lebuh raya dan kaber elektrik. Kegiatan penyahutanan menyebabkan proses fotosintesis tidak berlaku. Kekurangan proses fotosintesis menyebabkan berlakunya pertambahan gas karbon dioksida yang akan menyerap lebih banyak bahangan matahari masuk ke permukaan bumi. Penyahutanan menyumbangkan hampir 30% gas karbon dioksida ke udara. Negara-negara yang banyak menjalankan kegiatan penyahutanan seperti Brazil, Myanmar dan Thailand.

4. Pereputan sisa-sisa pertanian seperti  padi membebaskan gas metana ke  atmosfera. contohnya di India dan China. Gas metana seperti juga gas-gas rumah   hijau yang lain mampu menyerap bahangan matahari dengan kadar yang lebih tinggi.

5.  Sektor perindustrian juga membebaskan gas rumah hijau seperti nitrojen dioksida yang boleh memerangkap haba dan memanaskan permukaan bumi.Selain daripada itu, sektor perindustrian juga membebaskan beberapa jenis gas rumah hijau seperti karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrojen dioksida. Gas-gas ini mempunyai daya serap bahangan matahari yang tinggi.

6. Letusan gunung berapi juga merupakan salah satu penyebab berlakunya kesan   rumah hijau. Letusan gunung berapi membebaskan gas sulfur ke atmosfera yang  boleh memerangkap lebih banyak bahangan matahari masuk ke permukaan bumi. 
                                                                                                     5 X 2 = 10 markah


  c. Jelaskan lima kesan perubahan iklim terhadap alam sekitar fizikal.
                                                                                                                                           [ 10 ]
I. Pemanasan global akibat pertambahan gas rumah hijau dan penipisan lapisan ozon menyebabkan meningkatnya proses luluhawa fizikal terutamanya di kawasan gurun panas. Proses luluhawa fizikal yang berkaitan dengan peningkatan suhu seperti proses kelupasan dan pemecahan bongkah.          
2. Proses penggurunan ( desertification ) akan berlaku dengan meluasnya di permukaan bumi.  Proses penggurunan berlaku apabila semakin luas kawasan di  permukaan bumi menjadi  tandus dan kering disebabkan peningkatan suhu dunia.
3.Peningkatan suhu global kesan daripada pertambahan gas rumah hijau dan  penipisan lapisan ozon menyebabkan peningkatan paras air laut di seluruh dunia.   Peningkatan suhu  menyebabkan ais di kutub utara ( Artik ) dan selatan  ( Antartika )   menjadi cair dan  menyebabkan berlakunya peningkatan paras air laut. Menjelang 2050    aras laut dijangka naik sebanyak 15cm dan menjelang 2100 aras laut dijangka naik   sebanyak 34cm.
4. Peningkatan  paras air laut   seterusnya menyebabkan berlakunya hakisan  pantai.Banyak kawasan  di dunia yang   terletak lebih rendah dari paras laut seperti    Bangladesh akan ditenggelami   air laut .
5. Pemanasan global juga menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan jerebu.  Suhu udara yang kering memudahkan partikulat-partikulat yang dibebaskan oleh  manusia di permukaan bumi terampai di ruang udara  dalam tempoh yang panjang   membentuk jerebu.
6. Kebakaran hutan juga akan berlaku kesan daripada   pemanasan global. Suhu yang tinggi menyebabkan hutan terbakar secara semulajadi.
7. Pemanasan global akan menyebabkan kadar sejatan dan perpeluhan di permukaan  bumi akan meningkat. Kadar sejatan yang tinggi  melebihi kadar kerpasan akan   mengurangkan jumlah air di   permukaan bumi seperti sungai dan tasik. Kekurangan air    di permukaan bumi apabila kadar sejatan melebihi kerpasan menyebabkan berlakunya     kemarau.
8. Kadar kelembapan bandingan udara juga semakin berkurangan akibat daripada    peningkatan suhu.  Peningkatan suhu akan mengurangkan jumlah wap air yang   terdapat di dalam atmosfera bumi. Kelembapan bandingan berkadar songsang dengan   suhu. Peningkatan suhu akan merendahkan nilai kelembapan bandingan dan  penurunan suhu meningkatkan nilai kelembapan udara.
9. Pemanasan global menyebabkan berlakunya kejadian pulau haba bandar. Pulau haba ialah peningkatan suhu di kawasan bandar berbanding dengan kawasan disekitarnya.Suhu yang   tinggi disokong oleh faktor-faktor seperti morfologi bandar dan bahan binaan bandar  mempercepatkan pulau haba bandar.
10. Gangguan terhadap kitar hidrologi juga berlaku kesan daripada pemanasan  global. Suhu yang  tinggi menyebabkan kadar sejatan air tinggi. Kadar sejatan air yang tinggi mengurangkan jumlah  air di permukaan di kawasan daratan. Kadar sejatan yang melebihi kerpasan akan menguraangkan simpanan air di dalam tanah.        Kekurangan  simpanan air di dalam tanah akan mengurangkan bekalan air kepada  sistem sungai.
11. Kekerapan berlakunya ribut taufan. Peningkatan suhu dunia menyebabkan berlakunya   peningkatan sejatan air laut di kawasan tropika. Peningkatan kadar sejatan air laut  membawa banyak haba pendam ke atmosfera. Bekalan haba pendam yang banyak di dalam atmosfera menggalakkan proses pembentukan ribut tropika. Di samping itu  pemanasan global mewujudkan tekanan udara rendan di kawasan lautan tropika yang   menarik angin dari luar atau pusat tekanan tinggi memasukinya dengan laju.
                                                                                                                5 X 2 = 10 markah

2  a)      Apakah yang dimaksudkan dengan ketidakseimbangan air                          (5)
             Ketidakseimbangan air ialah sama ada berlakunya lebihan air atau kurangan
            Air.
             Lebihan air ialah jumlah kerpasan melebihi jumlah sejatan (banjir)
             Kurangan air ialah jumlah sejatan melebihi jumlah kerpasan (kemarau)
    b)     Huraikan factor-faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air di kawasan
             Tropika lembab                                                                                              (10)
            B1       Jumlah hujan- hujan yang lebat membekal air yang berlebihan
            B2       Tumbuhan- membantu kadar susupan air kedalam tanah, menambahkan
                        Kadar sejatan
            B3       Jenis tanah-tanih-tanah berstruktur longgar memudahkan kehilangan air,
                        Tanah berstruktur padat menggalakkan air bertakung
            B4       Kehadiran badan air- sungai, tasik, kolam- membantu meningkatkan kadar
                        Sejatan
            B5       Topografi- cerun yang menghadap angina menerima banyak hujan dari
                        Kawasan lindungan hujan

            B6       Aktiviti manusia- penyahutanan untuk pelbagai aktiviti- mengurangkan
                        simpanan air dalam tanah, perbandaran yang pesat-permukaan bumi
                        diturap- kurang susupan air ke dalam tanah
                                                                                                            mana-mana 5 x 2= 10
    c)      Jelaskan bagaimana ketidakseimbangan air mempengaruhi aktiviti
            manusia                                                                                                           (10)
            c1        Aktiviti pertanian
                        lebihan air-penenggelaman kawasan pertanian- tanaman mati
                        kurangan air- bekalan air berkurangan tanaman kering- mati
            c2        Aktiviti perikanan
                        lebihan air- kolam-kolam akan ditenggelami air ikan ternakan terbebas
                        keluar, memusnahkan sangkar ikan
                        kurangan air- kolam ternakan kering-benih-benih ikan akan mati
            c3        Pembalakan
                        lebihan air- gangguan aktiviti pembalakan, jalan terputus, pokok tidak
                        bermutu
                        kurangan air- pembesaran pokok terbantut, kebakaran hutan menjejaskan
                        bekalan kayu balak
            c4        Penternakan
                        lebihan air- kawasan padang ragut ditenggelami air,binatang ternakan
                        mudah terkena penyakit
                        kurangan air- kekurangan padang ragut-kekurangan sumber makanan
                        binatang ternakan mati
            c5        Pelancongan
                        Lebihan air- jalan perhubungan terputus, kawasan pelancongan
                        Ditenggelami air, aktiviti pantai terganggu
                        Kurangan air- suasana kawasan pelancongan tidak menarik dan tidak
                        Selesa
            C6       IKS
                        Lebihan air- menyukarkan aktiviti pengeringan( batik, kraf tangan, ikan
                        Kering, keropok dll)
                        Kurangan air- aktiviti mencelup batik terganggu

                                                                                                            Mana-mana 5 x 2 =10

BAHAGIAN B:  ALAM SEKITAR MANUSIA
                                                                      [40 markah]
Jawab semua soalan.

4. (a)  Huraikan maksud globalisasi ekonomi                                                             [3]
Skema Pemarkahan
                                                 (1)
Globalisasi ekonomi ialah saling kebergantungan antara negara seluruh dunia yang
                                                        (1)
 melibatkan aktviti pengeluaran dan penggunaan (pedagangan/import/eksport) yang
                                                                (1)
disertai oleh pelbagai  tanpa sekatan sempadan / antarabangsa dari segi bahan, modal,
                   (1)
teknologi, buruh,pengagihan dan lain-lain, yang keputusannya ditentukan oleh
          (1)                                                                                                             (1)
kuasa pasaran. Lazimnya, MNC yang dipermudahkan oleh kemajuan jaringan sistem

ICT, liberalisasi dan deregularisasi.

 (b) Huraikan dua aspek saling kebergantungan antara kawasan                                [4]

c1 Pelaburan – perkongsian modal bagi menampung kekurangan yang dihadapi oleh sesebuah negara / perkongsian bijak / perlaburan bersama @ silang
c 2    Pemindahan teknologi – pembangunan R & D dan inovasi
c 3    Sumber alam – perkongsian bahan mentah / sumber tenaga
c 4.   Pasaran – perluasan / pertambahan permintaan / kuasa beli pengguna / liberalisasi perdagangan.
c5.    Bekalan buruh – menampung kekurangan tenaga buruh dan tenaga pakar
                                                                        2 isi X 2m =4 Markah.
(c)  Jelaskan halangan-halangan dalam kerjasama ekonomi serantau              [4]

Skema Pemarkahan

d 1 Perbezaan ekonomi antara negara anggota, Negara Myamnar, Loas, Kemboja dan Vietnam yang masih mundur dan kekurangan modal,teknologi mundur,kekurangan buruh separuh dan mahir tempatan untuk mengeksploitasi sember alam dan menggerakkan sektor perindustrian di Negara masing-masing.
d 2 Konflik wilayah dalam Negara anggota, konflik dalaman Selatan Thailand, Konflik Mindanao telah mengancam keselamatan serantau dan menjejaskan projek kerjasama ekonomi serantau
d 3 Saiz pasaran ASEAN rendah ;pendapatan perkapita rendah;kuasa beli rendah
d 4 Persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau, Malaysia melindungi industri automotifnya daripada lambakan kenderaan luar terutama dari Honda dan Toyota yang di pasang di Thailand, menangguhkan pelaksanaan duti import sifar.
d 5 Pencemaran rentas sempadan, seperti pembakaran hutan di Sumatra yang menyebabkan jerebu di Malaysia, tumpahan minyak di perairan Selat Malaka
d 6 Keselamatan serantau, ancaman lanun di Selat Melaka, pencerobohan nelayan dan pendatang  asing, pencerobohan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu
                                                                                          2 isi x 2m = 4 markah

(d) Huraikan  dua kesan negatif globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara             [4]       
Skema Pemarkahan
e 1 Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing. Akibat perdagangan bebas, pengaliran keluar wang, ekonomi dimonopoli syarikat asing, modal asing melebihi modal tempatan

e 2 Penghakisan kedaulatan negara, mempengaruhi dasar keputusan kerajaan ;sesebuah negara terpaksa mengikut keputusan MNC asing

e 3 Aliran buruh.Persaingan dengan buruh tempatan dan masalah sosial

e 4 Penguasaan ekonomi oleh Syarikat MNC, Pemilikan syarikat dikuasai pelabur asing, modal asing dikuasai oleh syarikat besar/ antarabangsa, ekuiti modal asing tinggi

e 5 Ancaman kepada pengusaha kecil dan sederhana. Persaingan, masalah pasaran, modal daan lambakan produk luar negara.

e 6 Kegawatan ekonomi, kejatuhan mata wang, penarikan modal asing, serangan speculator mata wang asing seperti kegawatan ekonomi di Malaysia dan Asia pada tahun1997.

                                                                                                2 isi X 2m = 4 markah


5.   a)   Kenalpasti tiga lokasi pertanian tanah tinggi di Malaysia.                                          [3]

Skema pemarkahan

Senaraikan tiga lokasi pertanian tanah tinggi di Malaysia;
            a1.       Tanah Tinggi Cameron,Pahang                       - 1m
            a2.       Tanah Tinggi Kundasang, Sabah                    - 1m
            a3.       Tanah Tinggi Lojing,Kelantan                        - 1m

        b)    Jelaskan kesan-kesan pembangunan pertanian tanah tinggi terhadap alam sekitar
               fizikal di sesuatu kawasan.                                                                                      [12]


Skema pemarkahan

b1. Perubahan landskap fizikal secara besar-besaran
  • Landskap hutan bertukar kepada kawasan tergondol di peringkat awal pembukaan ladang tanaman
  • Penanaman semula bagi mewujudkan kawasan pertanian ladang teh,sayur-sayuran dan bunga-bungaan telah menyebabkan kawasan hutan bertukar kepada landskap tanaman.
b2. Kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi
  • Kemusnahan habitat,rantaian makanan,spesis flora dan fauna serta lain-lain yang berkaitan dengan ekosistem hutan apabila ia ditebang dan dibersihkan untuk pembukaan ladang teh,sayur-sayuran dan bunga-bungaan
b3. Memusnahkan kawasan tadahan air dan menganggu keseimbangan hidrolog
  • Menganggu proses susupan dan aliran air bawah tanah/ sistem ekuifer, larian air permukaan,sistem saliran dll yang berkaitan dengan komponen hidrologi apabila kawasan tadahan air/ hutan ditebang untuk dijadikan tapak pertanian teh,sayur-sayuran atau bunga-bungaan
b4.  Kesan pemanasan setempat / Peningkatan suhu mikro
  • Pemusnahan hutan untuk pembukaan kawasan pertanian akan menganggu proses transpirasi,kelembapan udara sekitar berkurangan,hujan tempatan berkurangan,persekitaran fizikal terdedah kepada bahangan matahari secara langsung tanpa ditapis dan diserap oleh kanopi tumbuhan yang akan menyebabkan suhu sekitar akan meningkat.
b5.  Peningkatan kadar hakisan tanah dan banjir lumpur
  • Berlaku di peringkat awal pembukaan tanah  /
pembersihan tapak ladang. Partikel-partikel tanah yang longgar akibat hakisan percikan hujan akan diangkut oleh larian air permukaan masuk ke dalam sungai menyebabkan sungai keruh, berkelodak dan berlumpur ,dasar sungai cetek memudahkan berlakunya banjir lumpur.

b6.  Pencemaran air
  • Larian air permukaan akan membawa regolit dari atas cerun ke bawah cerun dan seterusnya masuk ke dalam sungai menyebabkan kadar pencemaran sungai meningkat,sistem sungai menjadi keruh,berkelodak,berlumpur serta mengalami kadar enapan yang tinggi sehingga dasar sungai menjadi cetek
  • Kualiti air sungai terjejas akibat penggunaan baja kimia dan racun serangga secara besar-besaran 
b7.  Pencemaran udara
  • Amalan pembakaran terbuka secara besar-besaran semasa pembersihan tapak pertanian. Menambahkan partikel terampai dalam udara (PM 10)  blh dikaitkan dengan fenomena jerebu
                                                           
                                                                                                6 isi X 2 m = 12 markah
c)      Huraikan langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi mengurangkan impak
      alam   sekitar akibat pembangunan pertanian di kawasan tanah tinggi di    Malaysia.                                                                                               [10]

Skema pemarkahan

c1.  Langkah Perundangan
  • Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

  • Pemantauan pihak berkuasa tempatan

  • Kuatkuasa undang-undang; mengenakan denda iaitu menaikkan kadar kompaun,tarik balik lesen operasi pengusaha pertanian dan pekebun sayur atau penjara
  • Menyediakan Laporan EIA sebelum sesuatu projek pembangunan pertanian di kawasan tanah tinggi dijalankan

c2.  Amalan Pengurusan yang strategik
  • Pertanian berteres / kontur dan lebar bagi mengurangkan halaju larian air permukaan
  • Penjagaan / pengawasan seperti pengekalan kawasan rizab sungai,rizab hutan,kawasan tadahan air
  • Lereng-lereng bukit yang bercerun curam hendaklah diisytiharkan sebagai kawasan rizab pertanian yang kekal
  • Penanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan dengan menggunakan kaedah hidroponik dan kaedah rumah hijau
  • Mengharamkan penggunaan jentera berat,
memotong cerun mengikut spesifikasi yang dibenarkan,menanam tanaman tutup bumi, sungkupan plastik, membina benteng menstabilkan cerun
  • Kaedah penyuburan tanah seperti pembajaan kimia atau organik untuk mengekalkan keseimbangan nutrien tanah,merehatkan tanah,giliran kawasan penanaman
c3. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar
  • Kempen kesedaran kepada pekebun sayur dan pengusaha pertanian tentang masalah hakisan dan kesannya kepada persekitaran fizikal menerusi risalah,sesi penerangan dan dialog,seminar,program dan
            gotong royong
  • Pendidikan alam sekitar kepada pengusaha dan pekerja ladang
  • Jabatan Pertanian,pihak swasta dan NGO tempatan menyedarkan dan memberikan kefahaman kepada pekebun


                                                                                                5 isi X 2 m = 10 markah

6 (a)  Kenalpasti lima jenis produk pelancongan di Malaysia                                     [5]


a1. Ekopelancongan
·         Berasaskan sumber semula jadi spt pantai,pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air terjun, gua dsb contohnya Taman Negara, Hutan Simpan Belum, Gunung Kinabalu, Cameron Highland,Gua Niah, Pulau Langkawi dll

 a2 .Agropelancongan
·         Berasaskan pertanian, akuakultur: lebih berkonsepkan “home stay” contoh: pesisir pantai Trengganu,Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis spt kawasan MADA dan Bagan Lalang


 a3. Pelancongan kesihatan
·         Berasaskan kesihatan & perubatan: kedatang pelancong untuk mendapatkan rawatan kesihatan spt perubatan, rawatan pakar, perkhidmatan hospitaliti swasta, perubatan tradisional dll

 a 4. Pelancongan pendidikan
·         Aktiviti pelancongan sambil belajar khususnya pelajar sekolah. Juga melibatkan pelajar luar negara yg melanjutkan pelajaran ke IPTA & IPTS, Pusat Sains Negara, Putrajaya dll

 a5 .Pelancongan budaya & warisan sejarah
·         Aktiviti pelancongan di kawasan tinggalan sejarah, tapak arkeologi, muzium dsb seperti di Lembah Bujang,Bandar Hilir, Kota A FarmosaLenggong dll
a6.Pelancongan sukan &rekreasi
·         Berasaskan sukan dan rekreasi contohnya F1, Power Boat, Komanwel, Stadium Bukit Jalil, Monsoon Cup

 a7. Pelancongan MICE
·         Melibatkan delegasi pelancong menghadiri seminar, persidangan, pameran dan simposium spt Langkawi (LIMA, LID), Kuala Lumpur, Putrajaya


(b)  Huraikan  langkah-langkah untuk memajukan sektor pelancongan di   Malaysia                                                                                                                                        [10]
 b.1.Langkah Promosi
·         menerusi pelbagai media, penawaran pakej pelancongan yang menarik, menganjurkan aktiviti seperti sukan, kebudayaan, pameran, persidangan/seminar dll contohnya LIMA, LeTuor D Langkawi, Monsoon Cup,laman web ,fb dll

 b.2.Pembangunan alam semulajadi setempat 
·         Membangunkan  secara optima sumber-sumber  setempat yang  berpotensi sebagai sumber pelancongan  samada sumber semulajadi seperti jeram,air terjun atau  sumber buatan manusia contohnya kesan peninggalan perang, penjajahan

 b3.Membangunkan sistem pengangkutan dan perhubungan
·         Menyedia dan memajukan sistem pengangkutan dan perhubungan agar kawasan pelancongan  mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi khususnya kawasan ekopelancongan khasnya di kawasan pedalaman dan pulau

 b 4. Kemudahan asas pelancongan
·         Menyediakan kemudahan asas yang cukup – seperti kemudahan penginapan (Hotel, resort, Chalet dll),  restoran, kemudahan riadah dan sukan dsb.

 b5. Kempen kesedaran
·         Langkah menjaga kebersihan kawasan pelancongan, menguruskan sisa pelancongan secara teratur, memelihara kualiti alam sekitar setempat dsb.

 b6.Peranan kerajaan
·         mengadakan promosi berterusan peringkat antarabangsa khususnya peranan oleh TDC melalui pelbagai aktiviti spt rombongan perniagaan, lawatan luar negara. Mengadakan kempen spt ‘Cuti-cuti Malaysia’, Mari Melancong, Tahun Melawat Malaysia dll
·         Memperkenalkan konsep dan produk pelancongan baru spt akuapelancongan, arkeopelancongan, homestay/inapdesa dll
·         Menerusi usahasama pendidikan spt pertukaran pelajar interuniversiti dalam dan luar negara
                                                                                                5 isi x 2 m = 10 markah

(c)  Huraikan kesan-kesan pembangunan sektor pelancongan terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia                                                                                               [10]

c.1 Pencemaran air
  • Pencemaran air di sungai, laut, tasik akibat pembuangan sisa domestik, sisa perniagaan dan sisa penginapan. air bersih tercemar dan hidupan akuatik mati contohnya pencemaran kualiti air oleh bakteria E-coli yg menjejaskan kesihatan dan ekosistem akuatik

c.2 Pencemaran alam sekitar
  • Pembuangan sisa makanan,sampah sarap dan sisa kumbahan hotel serta restoran
  • Menyebabkan bau busuk kawasan sekitar

c. 3 Peningkatan kadar hakisan / tanah runtuh
  • Kawasan tanah tinggi akibat aktiviti penarahan dan perataan cerun bukit/tanah tinggi untuk membina kemudahan pelancongan spt hotel, chalet, resort dsb- kerja penarahan mendedahkan permukaan cerun kepada hakisan percikan air hujan, larian permukaan menyebabkan cerun tidak stabil
  • Hakisan pantai kerana penebangan pokok-pokok bakau dan rhu untuk pembinaan jeti dan chalet
c.5 Peningkatan suhu setempat/ perubahan iklim mikro
·         Kemerosotan kelembapan semulajadi  akibat penebangan pokok-pokok
·         perubahan iklim mikro khususnya kawasan tanah tinggi akibat pemusnahan hutan secara berleluasa untuk pembangunan pelancongan contoh Cameron Highland
·         Permukaaan tanah terdedah kepada bahangan matahari
c.6 Gangguan ekosistem
·      Ekosistem daratan akibat pemusnahan hutan dan ekosistem akuatik kesan daripada pencemaran air laut,sg, tasik. Fungsi ekosistem hutan  (sbg habitat,  rantaian makanan) musnah akibat pembangunan kawasan untuk dijadikan hotel, resort, chalet, permis perniagaan dll
c.7 Menjejaskan kawasan tadahan hujan
·            Penyahutanan di kawasan tanah tinggi untuk tapak hotel,taman rekreasi,padang golf dan jalan raya
·         Air larian permukaan menjadi laju ,kadar susupan air tanih kurang,menjejaskan isipadu air bawah tanah
c.8 Kepupusan flora dan fauna
·         Penyahutanan pokok bakau untuk didirikan chalet,restoran telah menyebabkan kepupusan spesis bakau , spesis monyet ,ular atau hidupan akuatik dan unggas
·         Penyahutanan di kawasan tanah tinggi telah menyebabkan kepupusan spesis fauna seperti pokok cengal,meranti dan spesis orkid .

                                                                                    5 isi x 2 m= 10 markah






1 comment:

  1. Wynn Casino - Mapyro
    Discover Wynn Casino 포항 출장안마 (Las Vegas) with a detailed, unbiased travel and have a taste 강릉 출장안마 for slot 아산 출장마사지 machines and table 과천 출장샵 games. 통영 출장샵 Find Wynn Casino (Las Vegas) with

    ReplyDelete