SET 2
JAWAPAN SOALAN BAHAGIAN A ALAM
SEKITAR FIZIKAL (40 markah )
a) Sebutkan 3
proses menegak dalam kitar hidrologi (3)
i sejatan
ii sejat-peluhan
iii pemeluwapan
iv kerpasan
v susupan(infiltrasi)
mana-mana
3 x 1 = 3
b) Jelaskan pengaruh tumbuhan terhadap proses
kitaran hidrologi (4)
i Pepeluhan
ii Resapan
iii Larian air permukaan
iv
Pintasan mana-mana
2 x 2 = 4
c) Huraikan 2 faktor yang mempengaruhi
keberkesanan kerpasan
c1 Intensiti hujan- hujan renyai
menyebabkan tanah tidak dapat menyerap air air
dengan banyak-keberkesanan kerpasan
adalah rendah
c2 Tempoh musim hujan- musim tengkujuh
tempoh hujan turun adalah lama- jumlah
hujan banyak- lebih berkesan
c3 Kecerunan permukaan bumi- cerun curam
nilai keberkesanan adalah rendah- air
tidak sempat meresap ke dalam tanah
c4 Ciri-ciri geologi- batuan yang poros
nilai keberkesanan kerpasan rendah berban-
banding kawasan batuan keras
–kawasan batuan poros- air terus meresap ke
dalam tanah membentuk aliran air
bawah tanah
c5 Tumbuhan- kawasan banyak tumbuhan air
banyak meresap ke dalam tanah- nilai
keberkesanan hujan tinggi berbanding
kawasan yang gondola
mana-mana
2 x 2 = 4
e) Huraikan 2 kesan lebihan air terhadap alam
sekitar fizikal (4)
e1 Air bertakung di kawasan lekukan atau
permukaan-meningkatkan simpanan
air permukaan (tasik, kolam, paya,
sungai dll)
e2 Fenomena banjir-berlaku kerana system
saliran tidak mampu menampung curah-
an hujan yang berlebihan yang
menyebabkan limpahan
e3 Kelembapan bandingan sentiasa tinggi-
kandungan wap air dalam udara adalah
tinggi- persekitaran menjadi sejuk.
e4 Kejadian tanah runtuh
e5 Berlakunya proses hakisan
e6 Gangguan terhadap ekosistem
e7 Pencemaran sumber air
mana-mana
2 x 2=4
2a. Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan iklim?
[ 5 ]
Perubahan
iklim ialah peningkatan dan penurunan unsur-unsur iklim seperti suhu dan hujan di permukaan bumi yang disebabkan oleh
faktor-faktor fizikal dan faktor-faktor kemanusiaan.
b.
Jelaskan lima faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan iklim dunia.
[ 10 ]
I.
Pembakaran bahan api fosil .Penggunaan
kenderaan bermotor melibatkan pembakaran bahanapi fosil seperti petroleum
yang membebaskan gas rumah hijau seperti
karbon monoksida. Gas karbon monoksida
berupaya memerangkap lebih banyak
bahangan matahari masuk ke permukaan
bumi dan menghalang pembebasan haba dari
permukaan bumi ke atmosfera.
2.
Kegiatan pembakaran terbuka . Pembakaran
terbuka seperti di tapak-tapak
pelupusan sampah membebaskan gas karbon dioksida. Gas
karbon dioksida juga merupakan salah satu
gas rumah hijau yang boleh menyerap
bahang matahari dengan kadar yang tinggi
masuk ke permukaan bumi.Jumlah
gas karbon dioksida dalam atmosfera pada masa kini dianggarkan 360ppm , iaitu
360 molekul karbon dioksida dalam sejuta molekul udara.
3.Kegiatan penyahutanan. .Kegiatan penyahutanan
ialah pemusnahan hutan dalam skala yang luas melalui beberapa aktiviti manusia
seperti pembalakan, pertanian, petempatan dan pembinaan infrastruktur seperti pembinaan
jalan raya, lebuh raya dan kaber elektrik. Kegiatan penyahutanan menyebabkan
proses fotosintesis tidak berlaku. Kekurangan proses fotosintesis menyebabkan
berlakunya pertambahan gas karbon dioksida yang akan menyerap lebih banyak
bahangan matahari masuk ke permukaan bumi. Penyahutanan menyumbangkan hampir
30% gas karbon dioksida ke udara. Negara-negara yang banyak menjalankan
kegiatan penyahutanan seperti Brazil, Myanmar dan Thailand.
4. Pereputan sisa-sisa pertanian
seperti padi membebaskan gas metana
ke atmosfera. contohnya di India dan
China. Gas metana seperti juga gas-gas rumah
hijau yang lain mampu menyerap bahangan matahari dengan kadar yang lebih
tinggi.
5. Sektor
perindustrian juga membebaskan gas rumah hijau seperti nitrojen dioksida
yang boleh memerangkap haba dan memanaskan permukaan bumi.Selain
daripada itu, sektor perindustrian juga membebaskan beberapa jenis gas rumah
hijau seperti karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrojen dioksida. Gas-gas
ini mempunyai daya serap bahangan matahari yang tinggi.
6. Letusan gunung berapi juga merupakan
salah satu penyebab berlakunya kesan
rumah hijau. Letusan gunung berapi membebaskan gas sulfur ke atmosfera
yang boleh memerangkap lebih banyak
bahangan matahari masuk ke permukaan bumi.
5 X 2 = 10 markah
c.
Jelaskan lima kesan perubahan iklim terhadap alam sekitar fizikal.
[
10 ]
I. Pemanasan global akibat pertambahan
gas rumah hijau dan penipisan lapisan ozon menyebabkan meningkatnya proses luluhawa fizikal terutamanya di kawasan
gurun panas. Proses luluhawa fizikal yang berkaitan dengan peningkatan suhu
seperti proses kelupasan dan pemecahan bongkah.
2. Proses penggurunan ( desertification ) akan berlaku dengan meluasnya di
permukaan bumi. Proses penggurunan
berlaku apabila semakin luas kawasan di
permukaan bumi menjadi tandus dan
kering disebabkan peningkatan suhu dunia.
3.Peningkatan suhu global kesan daripada
pertambahan gas rumah hijau dan
penipisan lapisan ozon menyebabkan peningkatan
paras air laut di seluruh dunia.
Peningkatan suhu menyebabkan ais
di kutub utara ( Artik ) dan selatan (
Antartika ) menjadi cair dan menyebabkan berlakunya peningkatan paras air
laut. Menjelang 2050 aras laut
dijangka naik sebanyak 15cm dan menjelang 2100 aras laut dijangka naik sebanyak 34cm.
4. Peningkatan paras air laut seterusnya menyebabkan berlakunya hakisan pantai.Banyak
kawasan di dunia yang terletak lebih rendah dari paras laut
seperti Bangladesh akan ditenggelami air laut .
5. Pemanasan global juga menyebabkan
berlakunya pencemaran udara dan
jerebu. Suhu udara yang kering
memudahkan partikulat-partikulat yang dibebaskan oleh manusia di permukaan bumi terampai di ruang
udara dalam tempoh yang panjang membentuk jerebu.
6. Kebakaran
hutan juga akan berlaku kesan daripada
pemanasan global. Suhu yang tinggi menyebabkan hutan terbakar secara
semulajadi.
7. Pemanasan global akan menyebabkan
kadar sejatan dan perpeluhan di permukaan
bumi akan meningkat. Kadar sejatan yang tinggi melebihi kadar kerpasan akan mengurangkan jumlah air di permukaan bumi seperti sungai dan tasik.
Kekurangan air di permukaan bumi
apabila kadar sejatan melebihi kerpasan menyebabkan berlakunya kemarau.
8. Kadar kelembapan bandingan udara juga semakin berkurangan akibat
daripada peningkatan suhu. Peningkatan suhu akan mengurangkan jumlah wap
air yang terdapat di dalam atmosfera
bumi. Kelembapan bandingan berkadar songsang dengan suhu. Peningkatan suhu akan merendahkan
nilai kelembapan bandingan dan penurunan
suhu meningkatkan nilai kelembapan udara.
9.
Pemanasan global menyebabkan berlakunya kejadian pulau haba bandar. Pulau haba ialah peningkatan suhu di kawasan
bandar berbanding dengan kawasan disekitarnya.Suhu yang tinggi disokong oleh faktor-faktor seperti
morfologi bandar dan bahan binaan bandar
mempercepatkan pulau haba bandar.
10. Gangguan terhadap kitar hidrologi juga berlaku kesan
daripada pemanasan global. Suhu
yang tinggi menyebabkan kadar sejatan
air tinggi. Kadar sejatan air yang tinggi mengurangkan jumlah air di permukaan di kawasan daratan. Kadar
sejatan yang melebihi kerpasan akan menguraangkan simpanan air di dalam
tanah. Kekurangan simpanan air di dalam tanah akan mengurangkan
bekalan air kepada sistem sungai.
11. Kekerapan
berlakunya ribut taufan. Peningkatan suhu dunia menyebabkan berlakunya peningkatan sejatan air laut di kawasan
tropika. Peningkatan kadar sejatan air laut
membawa banyak haba pendam ke atmosfera. Bekalan haba pendam yang banyak
di dalam atmosfera menggalakkan proses pembentukan ribut tropika. Di samping
itu pemanasan global mewujudkan tekanan
udara rendan di kawasan lautan tropika yang
menarik angin dari luar atau pusat tekanan tinggi memasukinya dengan
laju.
5 X 2
= 10 markah
2 a)
Apakah yang dimaksudkan dengan ketidakseimbangan air (5)
Ketidakseimbangan air ialah sama ada
berlakunya lebihan air atau kurangan
Air.
Lebihan air ialah jumlah kerpasan melebihi
jumlah sejatan (banjir)
Kurangan air ialah jumlah sejatan melebihi
jumlah kerpasan (kemarau)
b)
Huraikan factor-faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air di kawasan
Tropika lembab (10)
B1 Jumlah
hujan- hujan yang lebat membekal air yang berlebihan
B2 Tumbuhan-
membantu kadar susupan air kedalam tanah, menambahkan
Kadar sejatan
B3 Jenis
tanah-tanih-tanah berstruktur longgar memudahkan kehilangan air,
Tanah berstruktur padat
menggalakkan air bertakung
B4 Kehadiran
badan air- sungai, tasik, kolam- membantu meningkatkan kadar
Sejatan
B5 Topografi-
cerun yang menghadap angina menerima banyak hujan dari
Kawasan lindungan hujan
B6 Aktiviti
manusia- penyahutanan untuk pelbagai aktiviti- mengurangkan
simpanan air dalam
tanah, perbandaran yang pesat-permukaan bumi
diturap- kurang susupan
air ke dalam tanah
mana-mana
5 x 2= 10
c)
Jelaskan bagaimana ketidakseimbangan air mempengaruhi aktiviti
manusia (10)
c1 Aktiviti
pertanian
lebihan
air-penenggelaman kawasan pertanian- tanaman mati
kurangan air- bekalan
air berkurangan tanaman kering- mati
c2 Aktiviti
perikanan
lebihan air- kolam-kolam
akan ditenggelami air ikan ternakan terbebas
keluar, memusnahkan
sangkar ikan
kurangan air- kolam
ternakan kering-benih-benih ikan akan mati
c3 Pembalakan
lebihan air- gangguan
aktiviti pembalakan, jalan terputus, pokok tidak
bermutu
kurangan air- pembesaran
pokok terbantut, kebakaran hutan menjejaskan
bekalan kayu balak
c4 Penternakan
lebihan air- kawasan
padang ragut ditenggelami air,binatang ternakan
mudah terkena penyakit
kurangan air- kekurangan
padang ragut-kekurangan sumber makanan
binatang ternakan mati
c5 Pelancongan
Lebihan air- jalan
perhubungan terputus, kawasan pelancongan
Ditenggelami air,
aktiviti pantai terganggu
Kurangan air- suasana
kawasan pelancongan tidak menarik dan tidak
Selesa
C6 IKS
Lebihan air- menyukarkan
aktiviti pengeringan( batik, kraf tangan, ikan
Kering, keropok dll)
Kurangan air- aktiviti
mencelup batik terganggu
Mana-mana
5 x 2 =10
BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA
[40 markah]
Jawab semua
soalan.
4.
(a) Huraikan maksud globalisasi ekonomi [3]
Skema Pemarkahan
(1)
Globalisasi ekonomi ialah saling kebergantungan antara
negara seluruh dunia yang
(1)
melibatkan aktviti
pengeluaran dan penggunaan (pedagangan/import/eksport) yang
(1)
disertai oleh pelbagai
tanpa sekatan sempadan / antarabangsa dari segi bahan, modal,
(1)
teknologi, buruh,pengagihan dan lain-lain, yang
keputusannya ditentukan oleh
(1)
(1)
kuasa pasaran. Lazimnya, MNC yang dipermudahkan oleh
kemajuan jaringan sistem
ICT, liberalisasi dan deregularisasi.
(b) Huraikan dua
aspek saling kebergantungan antara kawasan [4]
c1 Pelaburan – perkongsian modal bagi menampung
kekurangan yang dihadapi oleh sesebuah negara / perkongsian bijak / perlaburan
bersama @ silang
c 2 Pemindahan
teknologi – pembangunan R & D dan inovasi
c 3 Sumber
alam – perkongsian bahan mentah / sumber tenaga
c 4. Pasaran
– perluasan / pertambahan permintaan / kuasa beli pengguna / liberalisasi
perdagangan.
c5. Bekalan
buruh – menampung kekurangan tenaga buruh dan tenaga pakar
2
isi X 2m =4 Markah.
(c) Jelaskan halangan-halangan dalam kerjasama
ekonomi serantau [4]
Skema Pemarkahan
d 1 Perbezaan ekonomi antara negara anggota, Negara Myamnar, Loas, Kemboja dan Vietnam yang masih
mundur dan kekurangan modal,teknologi mundur,kekurangan buruh separuh dan mahir
tempatan untuk mengeksploitasi sember alam dan menggerakkan sektor
perindustrian di Negara masing-masing.
d 2 Konflik wilayah dalam Negara anggota, konflik dalaman Selatan Thailand, Konflik Mindanao telah
mengancam keselamatan serantau dan menjejaskan projek kerjasama ekonomi
serantau
d 3 Saiz pasaran ASEAN rendah ;pendapatan perkapita
rendah;kuasa beli rendah
d 4 Persaingan antara kepentingan negara dengan
kepentingan serantau,
Malaysia melindungi industri automotifnya daripada lambakan kenderaan luar
terutama dari Honda dan Toyota yang di pasang di Thailand, menangguhkan
pelaksanaan duti import sifar.
d 5 Pencemaran rentas sempadan, seperti pembakaran hutan di Sumatra yang menyebabkan
jerebu di Malaysia, tumpahan minyak di perairan Selat Malaka
d 6 Keselamatan serantau, ancaman lanun di Selat Melaka, pencerobohan nelayan dan
pendatang asing, pencerobohan pengganas
Sulu yang menceroboh Lahad Datu
2
isi x 2m = 4 markah
(d) Huraikan
dua kesan negatif globalisasi
ekonomi terhadap sesebuah negara [4]
Skema Pemarkahan
e 1 Kesukaran
untuk mengawal aliran modal asing. Akibat perdagangan bebas, pengaliran
keluar wang, ekonomi dimonopoli syarikat asing, modal asing melebihi modal
tempatan
e 2 Penghakisan kedaulatan
negara, mempengaruhi dasar keputusan kerajaan ;sesebuah negara terpaksa
mengikut keputusan MNC asing
e 3 Aliran buruh.Persaingan dengan
buruh tempatan dan masalah sosial
e 4 Penguasaan ekonomi oleh Syarikat MNC, Pemilikan syarikat dikuasai pelabur asing, modal asing dikuasai oleh
syarikat besar/ antarabangsa, ekuiti modal asing tinggi
e 5 Ancaman kepada pengusaha kecil dan sederhana. Persaingan, masalah pasaran, modal daan lambakan produk luar negara.
e 6 Kegawatan ekonomi, kejatuhan mata wang,
penarikan modal asing, serangan speculator mata wang asing seperti kegawatan
ekonomi di Malaysia dan Asia pada tahun1997.
2
isi X 2m = 4 markah
5.
a) Kenalpasti tiga lokasi
pertanian tanah tinggi di Malaysia. [3]
Skema
pemarkahan
Senaraikan tiga
lokasi pertanian tanah tinggi di Malaysia;
a1. Tanah Tinggi Cameron,Pahang - 1m
a2. Tanah Tinggi Kundasang, Sabah - 1m
a3. Tanah Tinggi Lojing,Kelantan - 1m
b) Jelaskan kesan-kesan
pembangunan pertanian tanah tinggi terhadap alam sekitar
fizikal di sesuatu kawasan. [12]
Skema
pemarkahan
|
b1. Perubahan landskap fizikal secara
besar-besaran
|
b2. Kemusnahan ekosistem dan
kepelbagaian biologi
|
b3. Memusnahkan kawasan tadahan air
dan menganggu keseimbangan hidrolog
|
b4.
Kesan pemanasan setempat / Peningkatan suhu mikro
|
b5.
Peningkatan kadar hakisan tanah dan banjir lumpur
pembersihan tapak ladang.
Partikel-partikel tanah yang longgar akibat hakisan percikan hujan akan
diangkut oleh larian air permukaan masuk ke dalam sungai menyebabkan sungai
keruh, berkelodak dan berlumpur ,dasar sungai cetek memudahkan berlakunya
banjir lumpur.
|
b6.
Pencemaran air
|
b7.
Pencemaran udara
|
6
isi X 2 m = 12 markah
c)
Huraikan langkah-langkah yang boleh
dijalankan bagi mengurangkan impak
alam
sekitar akibat pembangunan pertanian di kawasan tanah tinggi di Malaysia. [10]
Skema
pemarkahan
c1.
Langkah Perundangan
|
c2.
Amalan Pengurusan yang strategik
memotong cerun mengikut spesifikasi
yang dibenarkan,menanam tanaman tutup bumi, sungkupan plastik, membina
benteng menstabilkan cerun
|
c3. Kempen kesedaran dan pendidikan
alam sekitar
gotong royong
|
5
isi X 2 m = 10 markah
6 (a) Kenalpasti lima jenis produk pelancongan di
Malaysia [5]
a1. Ekopelancongan
·
Berasaskan sumber semula jadi spt
pantai,pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air terjun, gua dsb contohnya Taman
Negara, Hutan Simpan Belum, Gunung Kinabalu, Cameron Highland,Gua Niah, Pulau
Langkawi dll
|
a2 .Agropelancongan
·
Berasaskan pertanian, akuakultur:
lebih berkonsepkan “home stay”
contoh: pesisir pantai Trengganu,Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis spt
kawasan MADA dan Bagan Lalang
|
a3. Pelancongan kesihatan
·
Berasaskan kesihatan & perubatan:
kedatang pelancong untuk mendapatkan rawatan kesihatan spt perubatan, rawatan
pakar, perkhidmatan hospitaliti swasta, perubatan tradisional dll
|
a 4. Pelancongan pendidikan
·
Aktiviti pelancongan sambil belajar
khususnya pelajar sekolah. Juga melibatkan pelajar luar negara yg melanjutkan
pelajaran ke IPTA & IPTS, Pusat Sains Negara, Putrajaya dll
|
a5 .Pelancongan budaya & warisan sejarah
·
Aktiviti pelancongan di kawasan tinggalan
sejarah, tapak arkeologi, muzium dsb seperti di Lembah Bujang,Bandar Hilir,
Kota A FarmosaLenggong dll
|
a6.Pelancongan sukan &rekreasi
·
Berasaskan sukan dan rekreasi
contohnya F1, Power Boat, Komanwel, Stadium Bukit Jalil, Monsoon Cup
|
a7. Pelancongan MICE
·
Melibatkan delegasi pelancong
menghadiri seminar, persidangan, pameran dan simposium spt Langkawi (LIMA,
LID), Kuala Lumpur, Putrajaya
|
|
(b) Huraikan
langkah-langkah untuk memajukan sektor pelancongan di Malaysia [10]
b.1.Langkah Promosi
·
menerusi pelbagai media, penawaran
pakej pelancongan yang menarik, menganjurkan aktiviti seperti sukan,
kebudayaan, pameran, persidangan/seminar dll contohnya LIMA, LeTuor D
Langkawi, Monsoon Cup,laman web ,fb dll
|
b.2.Pembangunan alam semulajadi
setempat
·
Membangunkan secara optima sumber-sumber setempat yang berpotensi sebagai sumber pelancongan samada sumber semulajadi seperti jeram,air
terjun atau sumber buatan manusia
contohnya kesan peninggalan perang, penjajahan
|
b3.Membangunkan sistem pengangkutan dan
perhubungan
·
Menyedia dan memajukan sistem
pengangkutan dan perhubungan agar kawasan pelancongan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi
khususnya kawasan ekopelancongan khasnya di kawasan pedalaman dan pulau
|
b 4. Kemudahan asas pelancongan
·
Menyediakan kemudahan asas yang cukup
– seperti kemudahan penginapan (Hotel, resort, Chalet dll), restoran, kemudahan riadah dan sukan dsb.
|
b5. Kempen kesedaran
·
Langkah menjaga kebersihan kawasan
pelancongan, menguruskan sisa pelancongan secara teratur, memelihara kualiti
alam sekitar setempat dsb.
|
b6.Peranan kerajaan
·
mengadakan promosi berterusan
peringkat antarabangsa khususnya peranan oleh TDC melalui pelbagai aktiviti
spt rombongan perniagaan, lawatan luar negara. Mengadakan kempen spt
‘Cuti-cuti Malaysia’, Mari Melancong, Tahun Melawat Malaysia dll
·
Memperkenalkan konsep dan produk
pelancongan baru spt akuapelancongan, arkeopelancongan, homestay/inapdesa dll
·
Menerusi usahasama pendidikan spt
pertukaran pelajar interuniversiti dalam dan luar negara
|
5
isi x 2 m = 10 markah
(c) Huraikan
kesan-kesan pembangunan sektor pelancongan terhadap alam sekitar fizikal di
Malaysia [10]
c.1 Pencemaran air
|
c.2 Pencemaran alam sekitar
|
|
c. 3 Peningkatan kadar hakisan / tanah
runtuh
|
c.5 Peningkatan suhu setempat/
perubahan iklim mikro
·
Kemerosotan kelembapan semulajadi akibat penebangan pokok-pokok
·
perubahan iklim mikro khususnya
kawasan tanah tinggi akibat pemusnahan hutan secara berleluasa untuk
pembangunan pelancongan contoh Cameron Highland
·
Permukaaan tanah terdedah kepada
bahangan matahari
|
c.6 Gangguan ekosistem
· Ekosistem
daratan akibat pemusnahan hutan dan ekosistem akuatik kesan daripada
pencemaran air laut,sg, tasik. Fungsi ekosistem hutan (sbg habitat, rantaian makanan) musnah akibat pembangunan
kawasan untuk dijadikan hotel, resort, chalet, permis perniagaan dll
|
c.7 Menjejaskan
kawasan tadahan hujan
·
Penyahutanan di kawasan tanah tinggi untuk
tapak hotel,taman rekreasi,padang golf dan jalan raya
·
Air larian permukaan menjadi laju ,kadar
susupan air tanih kurang,menjejaskan isipadu air bawah tanah
c.8 Kepupusan
flora dan fauna
·
Penyahutanan pokok bakau untuk didirikan
chalet,restoran telah menyebabkan kepupusan spesis bakau , spesis monyet ,ular
atau hidupan akuatik dan unggas
·
Penyahutanan di kawasan tanah tinggi
telah menyebabkan kepupusan spesis fauna seperti pokok cengal,meranti dan
spesis orkid .
5
isi x 2 m= 10 markah